KARYA SENI 28

KOI FISH- Wealth

Acrylic on Canvas

Dimension   :   74 cm by 74 cm

Year            :     2007

KOI FISH- Prosperity

Acrylic on Canvas

Dimension   :  74 cm by 74 cm

Year     :   2007

Advertisements

HUTANRIMBA DAN KITA

Pendedahan terhadap alam semulajadi dapat membantu orang ramai memahami dan prihatin terhadap keindahan alam sekitar sekali gus menyemai semangat dan sikap memelihara serta cinta kepada khazanah tersebut. Kita perlu mendekatkan diri dengan alam semulajadi dan dengan itu tentu sekali dapat melahirkan perasaan mendamaikan dalam jiwa. Bagaimana pun kehijauan alam semula jadi dunia terutamanya hutanrimba yang menjadi khazanah berharga kini dihimpit pemanasan global dan juga kemusnahan oleh tangan yang tidak bertanggungjawab yang mungkin disuatu hari nanti tidak akan dapat dinikmati oleh generasi masa hadapan.

Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama kerana secara tidak langsung memupuk kesedaran dan pemahaman mengenai pentingnya alam sekitar itu kepada kehidupan kita. Kemusnahan alam sekitar akan memberi kesan yang begitu mendalam terhadap kehidupan ini. Oksigen dan udara segar yang kita nikmati setiap hari adalah sumbangan besar alam semulajadi kepada kita. Dengan adanya tumbuh-tumbuhan ianya memerangkap sebahagian besar dari karbon dioksid yang dihasilkan oleh aktiviti manusia itu sendiri.

Kehijauan hutanrimba pasti meninggalkan kesan mendalam kepada pengunjung pertama kali. Koleksi jutaan batang pokok hidup yang menjadi ciri utama membentuk suasana damai pada kebanyakkan hutanrimba dinegara ini berperanan untuk kajian sains, tempat beriadah, pemuliharan sumber genetik dan juga khazanah yang begitu berharga. Sesuai dengan status destinasi pelancongon dan pendidikan alam negara taman hutanrimba dan air terjun menjadi daya tarikan utama pada para pengunjung. Suasana yang mendamaikan dan mententeramkan jiwa memberi kesoronokkan yang begitu mengujakan.

Kita tidak dapat dipisahkan dari hutanrimba. Kehidupan kita bermula dari hutanrimba. Banyak sumbangan yang telah diberikan oleh hutanrimba terhadap kehidupan seharian kita. Flora dan fauna yang terdapat didalamnya adalah sumber kehidupan. Kehijauan tumbuhannya begitu menyejukkan mata dan juga deruman air terjun yang mengalir melalui sungai-sungai memberi air minuman kepada kita. Begitu mendamaikan dan mengasyikkan. Disinilah bermulanya sumber air seharian kita selain telaga dirumah.

Berada didalam hutanrimba seumpama berada disuatu tempat yang asing tetapi menyeronokkan peluang yang mungkin tidak terdapat di tempat lain. Pupusnya hutanrimba bermakna pupusnya generasi kehidupan akan datang. Maka keperihatinan untuk menjaga khazanah ini perlu dititikberatkan demi kesejahteraan alam sejagat pada masa hadapan. Oleh itu sama-samalah kita bersatu padu dan berganding bahu memelihara dan menjaga hutanrimba agar tidak terhapus dari kehidupan kita.