MINDSKETCH 25 : Sketches

New work-in-progress. Completion of works was 10%…a monotone brushstrokes. Direct sketch onto the canvas. The work was done on 11th February,2010

 

Advertisements

MINDSKETCH 24 : Sketches

New work-in-progress. Completion of works was 10%…a monotone brushstrokes. Direct sketch onto the canvas. The work was done on 11th February,2010

 

MINDSKETCH 22 : Sketches

ANOTHER SKETCHES OF THE JUNGLE SERIES – SOULFUL EXPRESSION

..A direct sketch onto the stretched canvas on wooden panel using acrylic colors. The work was at 15% in completion and it was done on 13th June,2010.

 

 

MINDSKETCH 21 : Sketch

ANOTHER SKETCH OF THE JUNGLE SERIES – EXPRESSION OF MIND

..A direct sketch onto the stretched canvas on wooden panel using acrylic colors. The work was at 15% in completion and it was done on 13th June,2010.

KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI

Menyusuri tepian sungai yang mengalir turun dari air terjun sungguh mengasyikkan dan mendamaikan jiwa kita apatah lagi jika ianya pertama kali berlaku dalam hidup kita menjelajahi hutanrimba. Air yang sejuk dan menyegarkan adakala melupakan kita seketika mengenai masalah yang kita alami. Derauan air terjun yang menghempas batu dibawahnya menebarkan bunyi yang mengetarkan jiwa sanubari kita. Air yang tak henti mengalir tanpa hiraukan sekelilingnya menyumbangkan satu kehidupan pada tumbuh-tumbuhan di hutanrimba dipersekitarannya. Flora dan fauna yang hidup subur memberi satu pemandangan yang mengujakan. 

Saling perlu memerlukan diantara satu sama lain. Kehijauan tumbuhan begitu mendamaikan saujana mata memandang. Begitu rapi susunannya seolah-olah ada yang menjaga dan mengawas kehidupan itu. Hutanrimba memang tidak dapat dipisahkan dengan realiti kehidupannya,air terjun,sungai yang mengalir dan flora serta fauna yang mendiaminya. Jelas kelihatan akan hubung kait dan saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Dinegara kita air terjun hanya boleh dijumpai dikawasan hutanrimba. Tiada air terjun dikawasan pantai atau perkampungan. Rata-rata air terjun di Malaysia berada dikawasan hutanrimba dan pergunungan. 

Ada kawasan air terjun mudah dijejaki akan tetapi ada juga yang sukar serta kurang dikunjungi oleh orang ramai disebabkan kedudukannya yang terletak jauh dipendalaman hutan belantara. Apa yang ada didalam hutanrimba memang sukar didapati diluar kawasannya terutama dibandar tempat kediaman kita. 

Sebut sahaja akan hutanrimba kita akan mudah terbayang akan suatu kehidupan yang begitu ekstrim,menakutkan dan penuh pancaroba serta rintangan. Kesemua andaian ini akan berubah apabila kita benar-benar berada didalamnya. Kita akan nikmati suatu kehidupan yang begitu terasing dan tersendiri yang mana lama-kelamaan kita akan merasai keseronokkan menjelajahinya. Itulah keistimewaan hutanrimba yang mampu menakluki hati dan perasaan kita biarpun adakalanya pada masa yang diperuntukkan bersamanya begitu pendek dan singkat.

Lebih lama kita berkawan dengan hutanrimba lebih mendalamilah kita ingin menerokai kehidupannya.

Sesuatu yang mungkin tiada noktah tamatnya disebabkan hutanrimba itu adalah permulaan bagi satu kehidupan.