LAGI MENGENAI ABSTRACT EXPRESSIONISM

Abstract Expressionism adalah suatu pergerakan atau aliran lukisan yang mana pelukis pada kebiasaanya menggunakan warna secara berterusan dan banyak, dengan sentuhan keatas canvas yang besar bagi tujuan menampakkan atau menyatakan perasaan dan emosi. Yang jelas teknik melukis dan melakarkan warna secara bersahaja dan spontan ,tiada berbentuk geometri dan ada kalanya menggunakan catan dengan berus yang besar serta ada juga ketikanya dengan kaedah merenjis atau lelehan catan keatas canvas adalah sesuatu yang begitu ketara kelihatan dalam setiap karya lukisan Abstract Expressionsim. Karya-karya yang dihasilkan dikategorikan sebagai sesuatu yang dihasilkan secara bersahaja dan terjadi dengan sendirinya walhal ianya dirancang begitu teliti. Ada setengah pelukis Abstract Expressionist begitu menitikberatkan penggunaan kaedah yang tenang dan mistik pada imejan abstrak yang tulin. Pada kebiasannya tiada niat untuk menzahirkan sebarang bentuk nyata atau ‘subject matter ‘ dalam karya abstrak.Tidak semua lukisan itu abstrak juga tidak semuanya bernilai mahal akan tetapi umumnya kespontanan pelukis dalam kaedah penghasilan karyanya akan menzahirkan bentuk serta menengahkan kreativiti minda bawah sedar. Kaedah ekpresi dalam penghasilan karya pada kebiasaannya dianggap sama penting dengan lukisan itu sendiri.

Advertisements