PEMINAT SENI

Karya lukisan saya bertajuk Calm 1 dan Calm 2 telah dijual dan menjadi koleksi peribadi Ms Dalilah Dali baru-baru ini. Beliau yang begitu teruja dengan warna terang yang saya gunakan untuk menghasilkan lukisan-lukisan tersebut berpendapat bahawa  bagi beliau apa yang saya cuba ketengahkan bertetapatan dengan tajuknya. Disamping itu beliau juga berbesar hati menjadi kolektor bagi karya-karya tersebut dan ini sesuatu yang begitu bermakna baginya.

Karya-karya ini telah dihasilkan pada tahun 2009 dan menggunakan catan akrilik serta dibawah tema siri Soul of The Jungle. Saya sungguh berbesar hati dan berbanyak-banyak terima kasih pada Ms Dalilah Dali atas kesudian beliau menjadikan karya lukisan saya sebagai koleksinya. Penerimaan masyarakat terhadap karya-karya saya adalah merupakan suatu penggerak untuk saya lebih terus berkarya tanpa henti. Apa yang diharapkan pada masa akan datang karya-karya lukisan saya akan menjadi koleksi bagi peminat seni tampak dan juga orang ramai.

Calm 1                                                                          Calm 2                                                            

Advertisements

SEDETIK YANG BERLALU

Dirakankan ketika saya menerima rawatan dan menjalani ujian angioscopy di Hospital Serdang pada 29hb September 2012. Kunjungan oleh rakan-rakan semasa diMRSM Seremban membuat saya terharu.. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga hanya mampu saya katakan pada mereka.

…bersama dengan Hanizah Hamid@Andie. Orang sakit macam inilah rupanya. Foto diambil sehari sebelum saya menjalani angioscopy.

……bersama dengan Dr. Salim Talib ketika menziarahi saya pada 23uhb September bersama dengan Azmi Hajar, Maziah dan Rosta. Kehadiran kalian amat dihargai.

…..sama rupake? Pandangan kawan-kawan sebatch saya diMRSM.