Pada 27hb Februari 2013 yang lalu saya diberi kesempatan untuk membekal karya lukisan saya di Puteri Pacific Hotel Johor Baru. Walaupun dalam keadaan fizikal kesihatan saya yang tidak mengizinkan hasrat CEO Hotel tersebut tidak mampu saya ketepikan atau tolak. Saya membawa beberapa keping karya lukisan saya yang belum pernah ditonjolkan maupun disiarkan diamana-mana untuk tujuan tersebut. Saya tepat sampai kedestinasi yang dituju tepat pada pukul 4.15 petang. Saya gagahkan diri saya agar tugas ini dapat saya pikul dan penuhi. Syukur alhamdulillah saya berhasil lakukannya. Sampai saja disana saya terus check-in. Maklumlah setelah mengharungi perjalanan yang agak jauh terasa juga akan penatnya. Mungkin disebabkan saya yang tidak berapa sihat, tercunggap dan mengah adalah lumrah. Setelah check-in saya mendapat panggilan dari CEO hotel tersebut agar berhubung dengan wakilnya. Saya memohon untuk berehat seketika sebelum berjumpa wakil CEO itu dan juga dirinya yang ketika itu sibuk dalam mesyuarat. Keadaan suasana didalam bilik hotel itu amat menakjubkan. Walaupun ringkas susunatur persekitarannya pada keseluruhan semuanya kemas dan menenangkan fikiran. Memang sesuai untuk pengunjung berehat dan bersantai.
Perabut dan peralatan yang diguna pakai didalam bilik tersebut amat sepadan dengan apa yang ada disitu. Warna yang dipilih tidak keterlaluan terang atau melampau tetapi begitu menyejukkan mata yang memandang. Jadi tidak hairanlah ianya akan membawa kita pada suasana untuk berehat dan mendamaikan. Tidak seperti sesetengah hotel diMalaysia ini yang warna persekitarannya yang begitu membosankan dan keterlaluan.
Tepat pada pukul 7.10 malam setelah mendapat rehatkan badan seketika saya menerima panggilan dari CEO hotel tersebut, En. Mazlan BIn Ali yang telah sampai dilobby dan menunggu kehadiran saya. Maka tanpa berlengah lagi saya bergegas turun untuk bertemu beliau. Sampai sahaja dilobby En. Mazlan menyambut saya dengan senyuman dan kami bergerak menuju kecoffee house di hotel tersebut. Lama juga kami berborak dan bertukar pendapat serta ajukan beberapa informasi mengenai karya lukisan saya. Beliau amat tertarik dan ingin melihat karya tersebut. Saya berjanji akan menunjukkan beliau karya lukisan tersebut pada keesokkan harinya disebabkan keadaan suasana yang tidak mengizinkan dan beliau bersetuju.
…suasana didalam coffee house. Makanan yang disajikan adalah secara ala-carte dan memang sesuai dengan citarasa para tetamu. Harga yang dikenakan agak berpatutan dan mampu ditanggung oleh tetamu. Perkhidmatan yang diberikan agak memuaskan maka ramai tetamu yang hadir menjamu selera pada ketika itu.
Setelah menjamu selera dan bebincang seketika pada malam itu kami meninggalkan coffee house tersebut pada pukul 8.30 malam disebabkan En. Mazlan ada urusan lain selepas itu dan menetapkan menyambung perbincangan kami pada esok harinya. Setelah berjabat tangan dan mengucapkan selamat malam saya beredar untuk kebilik saya.
Pada keesokkan harinya kami bertemu semula untuk mengadakan perbincangan serta menikmati makan tengahari. Banyak perkara yang kami sentuh dan bincangkan mengenai karya lukisan yang saya bawa. Sebelum itu ada 2( dua ) orang kakitangan hotel tersebut membawa saya melawat ruang Presidential Suite bagi tujuan untuk saya mendapatkan buah fikiran hiasan dalamannya. Apa yang saya perolehi warna karya lukisan saya amat sesuai bagi beberapa bilik suite mereka. Maka ini tidak menjadi masaalah bagi mereka agar bersetuju mengambil karya-karya tersebut disebabkan saya telah memudahkan tugas mereka. Saya panjangkan informasi itu kepada En.Mazlan tatkala kami berbincang dan menjamu selera dan beliau agak bersetuju dengan pandangan saya. Apa yang saya tawarkan adalah amat berpatutan dan ianya amat sukar ditolak. Lagi pun lukisan saya itu secocok dengan warna dinding hotelnya.
….CEO Puteri Pacific Hotel yang telah lama memberi khidmatnya.
…foto saya sempat juga dirakamkan bersama beliau dan dalam keadaan santai.
…saya yang nampak keletihannya maklumlah keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.
……En. Mazlan Ali,orang kuat dalam Puteri Pacific Hotel.
……Puan Shima Ariss,pengunjung hotel tersebut.
Setelah selesai berbincang dan menjamu selera kami bersedar dari coffee house disebabkan En.Mazlan ada satu lagi mensyuarat untulk beliau hadiri. Setelah berjabat tangan saya naik semula kebilik untuk berkemas dan tepat pukul 4.15 petang saya meninggalkan hotel tersebut menuju ke Melaka.