KARYA SENI 56

ANOTHER SERIES ON JUNGLE- MINDFUL EXPRESSION

Picture 005

 

SPIRIT OF THE JUNGLE- Determination 1

Acrylic on Canvas

104 cm by 97 cm

2010

USD15,000.00

Picture 006

Advertisements

KARYA SENI 55

ANOTHER SERIES ON JUNGLE- MINDFUL EXPRESSION

 

Picture 003

 

SPIRIT OF THE JUNGLE- Determination 2

Acrylic on Canvas

104 cm by 97 cm

2010

USD15,000.00

ISI HATI

Kesihatan saya dalam bulan ini agak terbatas dengan penyakit gout kronik yang saya alami dimana menyebabkan dua belah kaki saya bengkak akibat lebihan air dibuah pinggang saya. Disebabkan hal itu saya terlantar hampir sebulan diatas katil. Pernah masuk dan rujuk kepada wad kecemasan dalam bulan Februari ini diHospital Serdang tetapi layanan yang saya terima amat mendukacitakan. Hampir lebih 7 jam saya ditempatkan di wad tersebut dan mereka hanya mengambil sampel darah saya sahaja tanpa memberi rawatan susulan mahu pun mengambil inisiatif berbuat sesuatu keatas diri saya. Ini disebabkan saya juga mengalami masalah jantung yang sepatutnya menjalani pembedahan 2 hari sebelum saya ke wad kecemasan tersebut.Oleh kerana kecewa dengan tindakan dan layanan kakitangan Hospital tersebut saya mengambil keputusan terus keluar wad tanpa memberi sebarang alasan. Saya berusaha mengubati penyakit gout saya dengan mengambil ubat tradisional cina dan hasilnya bengkak dikaki saya beransur pulih dan mampu bergerak. Maka terhasillah coretan diblog saya ini apa yang saya lalui.

LUKISAN DAN MANUSIA

Pelukis adalah seorang manusia biasa. Dari pelukis maka lahirlah satu catatan peristiwa yang di coretkan diatas media agar menjadi satu tatapan kepada orang lain. Pelukis adalah perakam peristiwa itu maka tidak hairanlah sebagai seorang manusia segala intisari kehidupan dapat ditonjolkan melalui karya lukisannya. Setiap aspek diketengahkan semasa berkarya agar hasilnya dapat diterjemahkan sebaik mungkin dan diterima pakai oleh orang lain. Begitu sinonimnya antara lukisan dan manusia. Ia tidak dapat dipisahkan walaupun apa jua keadaan pun. Ada pelukis yang begitu menghayati ketika berkarya hingga lupa seketika keadaan sekelilingnya, Ia begitu teruja dengan dirinya dan juga emosi dalamannya tatkala berkarya. Sentuhannya begitu mengasyikkan dan adakala diluar jangkauan minda dan perasaan. Begitu luar biasa kebolehan seseorang pelukis merakamkan peristiwa samaada dari apa yang dia lihat maupun yang terbit dari idea atau ilhamnya. Pelukis mampu menrealisasikan apa yang dia temui keatas media sebagai satu karya lukisan.

Ironinya ada juga peukis yang hanya mampu menengahkan apa yang dilhatnya sebagai karya lukisan tapi kurang menyerlah menerbitkan sentuhan perasaan atau mampu hidupkan jiwa karya lukisannya. Pelukis hanya mampu ‘meniru’ atau ‘menciplak’ apa yang dilihatnya. Hanya untuk menjadikan karya lukisannya agar benar-benar seperti subjek yang dirakamkan.Jadi tidak hairanlah ada karya lukisan nampak statik dan kaku. Tiada jalinan emosi atau sentuhan perasaan didalamnya. Begitu juga pelukis itu sendiri. Dia sepatutnya faham dan begitu mendalami dirinya dan juga subjek yang mau ditonjolkan dalam karyanya. Tanpa kesedaran ini maka terbitlah satu karya yang kurang kualitinya hanya nampak luarannya sahaja. Dalam menghasilkan sesebuah karya agar dapat diterima oleh masyarakat maka kualiti adalah antara yang perlu diambilkira. Sebuah karya yang mempunyai kualiti yang tinggi adalah karya lukisan yang hebat memenuhi citarasa pelihatnya. Oleh itu mana-mana pelukis yang menitikberatkan kualiti dalam penghasilan karya lukisannya adalah seorang pelukis yang peka dengan kehendak pasaran senitampak masa kini.

Lukisan itu adalah sebahagian dari diri manusia maka dari manusia itu sendiri lahirlah satu catatan yang digelar lukisan. Tanpa manusia tiadalah karya lukisan itu. 

 

AZAM DAN IKHTIZAM

Kehadiran tahun baru 2013 memberikan satu sinar untuk terus berkarya. Usaha yang gigih dan berterusan adalah teras perkembangan senitampak yang saya ceburi. Kesinambungan didalam mentafsirkan jalan cerita sesuatu karya yang akan dihasilkan adalah satu kriteria untuk mudah difahami dan diertikan maksudnya. Seperti lazimnya yang pernah dilakukan sebelum ini memperbanyakkan sketsa atau lakaran sebagai panduan untuk penghasilan karya pada masa akan datang adalah perlu dibuat. Setiap idea atau buah fikiran yang datang perlu direkod atau diterjemahkan keatas media sebagai satu catatan.

Picture 001

Picture 003

..working station saya

 

 

 

Ketika ini banyak perlalatan melukis telah saya sediakan untuk menghasilkan karya yang baru. Setiap satu perlu sedia ada dalam simpanan agar tidak mendatangkan sebarang gangguan apabila kerja-kerja telah dimulakan. Saya amat peka akan perkara ini dan tidak mahu ianya jadi satu halangan. Ketiadaan kelengkapan yang mencukupi adakalanya mengganggu perjalanan atau rentak penghasilan karya lukisan.Dengan adanya semua peralatan yang saya inginkan untuk berkarya memudahkan perjalanan kerja saya. Kali ini saya ingin mempraktikkan penghasilan tiga(3) karya terbaru sekali gus agar memperolehi jalan cerita yang lebih mantap dan berkesan. Masa yang akan diambil pun bolehlah dipercepatkan serta menampakkan kelainan didalam penghasilan jika dibandingkan dengan karya sebelumnya. Tema karya lukisan masih berlegar pada hutanrimba yang begitu sinonim dengan kehidupan saya sebagai pelukis. Jadi tidak hairanlah kenapa saya masih mengekalkan tema tersebut serta identitinya.

Picture 002Picture 020

…easel dan catan akrilik  

 

 

 

Hutanrimba terlalu banyak memberikan saya inspirasi terutamanya didalam penghasilan karya dan juga perjalanan kehidupan seharian saya. Jadi tidak hairanlah kenapa saya masih lagi memilih tema ini sebagai tunjang perjalanan senitampak saya. Mungkin kali ini saya ingin berkarya didalam skala yang lebih besar ukurannya. Saya ingin mencuba apa yang selalu diperkatakan kehebatan didalam penghasilan karya dalam ukuran yang besar terutamanya yang melebihi ukuran 5 kaki ketas. Apa yang saya jangkakan didalam berkarya berukuran besar akan mendatangkan suatu keseronokan yang berlainan terutama kebebasan dan kecenderungan bersahaja mencetus idea. Maka terpahatlah suatu karya yang penuh dramatik luahan dalaman terbentuk diatas kanvas serta jelas kelihatan maksudnya apabila ianya telah disiapkan. Suatu kelainan yang mungkin belum pernah saya alami sebelum ini dan saya perlu mengambil peluang untuk melakukannya sekarang.

Picture 007

Picture 009

..stretcher

 

 

 

Kesungguhan diri saya untuk melaksanakan visi dan misi yang saya perkatakan ini akan saya buktikan pada masa terdekat sebagai satu azam dan ikhtizam diri saya sempena tahun baru 2013 ini. Ia sejajar dengan perkembangan perjalanan senitampak saya agar ada suatu lonjakan paradigma positif biar pun kesihatan saya tidak mengizinkan. Akan tetapi semangat dan jatidiri saya masih lagi kuat membara serta jitu untuk merealisasikan apa yang saya rancangankan sepanjang  pada tahun 2013 ini.

Picture 011

..stok lukisanPicture 006

 

 

 

Oleh itu hanya masa yang akan membuktikan kata-kata saya ini dan sangat mengharapkan ianya terlaksana tanpa sebarang halangan yang besar. Saya juga perlu memperbanyakkan melibatkan diri didalam pameran sebagai satu landasan promosi untuk menengahkan karya-karya terbaru saya agar diketahui umum. Ini adalah suatu langkah drastik agar ianya memberi impak dan kesan yang amat besar pada karya saya. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Picture 005  Picture 012

..flora

..karya 2012          Picture 006 Picture 015 Picture 016

BLOG SENITAMPAK

MENGENAI BLOG SENITAMPAK

Kebanyakkan isi kandung yang terdapat didalam blog senitampak adalah mengenai kerja-kerja berkaitan senitampak itu sendiri. Sususan dan intipatinya dikongsi untuk mendapatkan perhatian dan sanjungan. Blog senitampak adalah sebuah puisi, penulis yang beraliran sedar diri, pencerita dan sebagainya. Berjayanya sesebuah blog senitampak itu terletak sejauh mana ia disukai,diterima pakai walhal adakala terdapat kelemahan ketara didalam isi kandungnya. Sekiranya ia adalah sesuatu penulisan yang berwiba terdapat banyak komen-komen sanjungan yang diajukan sebagai satu penghargaan akan tetapi lebih menjurus kepada suatu kerja yang bagus. Apa lagi yang seharusnya boleh kita perkatakan mengenainya. Apa jua pun penulisan itu adalah untuk tatapan umum. Blog senitampak merupakan suatu muzium. Jika ia dilayari pelawat pada kebiasaannya akan melihat isi kandungannya sepintas lalu, memberi sedikit komen atau teguran jika perlu dan termenung sejenak memikirkan apa sebenrnya yang ingin disampaikan sekira pelawat itu seorang yang peka pada apa yang diberitahu. Amat sukar berlakunya hubungan timbal balik bila blog itu dilawati. Hanya isi kandungannya yang memaklumbalaskan. Pencinta senitampak bercerita mengenai senitampak akan tetapi apa yang diperagakan didalam isi kandung sesebuah blog senitampak adalah kitaran perasaan, sentuhan jiwa yang amat sensitif, ketidakpuasan hati yang biasanya berbentuk peribadi walaupun ada setengahnya berkisar pada seuatu yang amat luas untuk diertikan maksudnya. Penulis blog senitampak lazimnya sudah ketahu apa yang sebenar yang mereka utarakan. Mereka telah menyusun satu perincian yang berkaitan dengan apa yang mereka tulis. Kebiasaannya penulis mengharapkan suatu penghargaan diatas penulisan mereka atau menjadikan blog itu satu perjalanan seni mereka. Suatu pengkisahan perjalanan seni.

 

Ciri-ciri kekuatan sesuatu blog senitampak adalah seperti berikut :-

  1. Menjadi penulis yang berwiba adalah suatu perkara dan menjadi seorang blogger senitampak yang cemerlang adalah sesuatu yang amat berlainan. Didalam konteks penulisan blog seseorang itu kenalah amati sejauh mana penulisannya memberi impak dan kesan kepada umum. Seharus diingatkan setiap sesuatu yang diutarakan didalam penulisan blog itu perlulah mendapat perhatian dan mampu menarik minat pembaca.
  2. Kualiti dan bukan kuantiti. Penulisan yang berkualiti akan menjadi perhatian umum. Isi kandungannya ditatap dan mendapat sanjungan. Ianya juga dikongsi bersama serta ada pengikut setianya. Perlu diingat adalah mengambil jangkamasa yang panjang untuk mencapai penghasilan penulisan yang berkualiti.
  3. Penulis blog senitampak perlu berani dan ada jatidiri apabila menengahkan penulisannya. Setiap sesuatu yang diutarakan adalah dari pendapat mereka sendiri. Tidak perlu untuk mengadakan suatu penulisan yang panjang tetapi cukup sekadar difahami isi kandungannya serta telus. Berkesan dan berjaya menambat hati pembaca adalah suatu kejayaaan.