ARTWORKS FOR SALE

determination1

SPIRIT OF THE JUNGLE- Determination 1

Acrylic on Canvas

104 cm by 97 cm

2010

USD15,000.00

determination2

SPIRIT OF THE JUNGLE- Determination 2

Acrylic on Canvas

104 cm by 97 cm

2010

USD15,000.00

freedom of mind 2

SPIRIT OF THE JUNGLE- Freedom of Mind 2

Acrylic on Canvas

104 cm by 97 cm

2010

USD15,000.00

freedpm of mind 3

SPIRIT OF THE JUNGLE- Freedom of Mind 3

Acrylic on Canvas

104 cm by 97 cm

2010

USD15,000.00

inspiration 1

SPIRIT OF THE JUNGLE- Inspiring Mood 1

Acrylic on Canvas

104 cm by 97 cm

2010

USD15,000.00

inspiration 2

SPIRIT OF THE JUNGLE- Inspiring Mood 2

Acrylic on canvas

104 cm by 97 cm

2010

USD15,000.00

fom1 2

SPIRIT OF THE JUNGLE – Freedom of Mind 1

Acrylic on Canvas

104 cm by 97 cm

2010

USD15,000.00

Advertisements

MINDSKETCH 61 : Sketch

ANOTHER SKETCH ON JUNGLE SERIES  :  MINDFUL EXPRESSION

 

 

Picture 002

 

…a direct single line sketch onto paper using Artline was done on 27th October 2012

CATATAN MINDA 2

Biarpun keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan akan tetapi semangat untuk terus berkarya tidak pernah sama sekali luntur atau padam dalam diri ini. Kesinambungan berkarya adalah perlu bagi memastikan perjalanan senitampak yang dilalui tidak terhenti begitu sahaja. Bukan sekadar hanya berkarya tetapi juga mencoretkan suatu penceritaan agar dapat dikongsi bersama dengan masyarakat yang cintakan seni apa lagi senitampak perlu dilakukan. Sketsa demi sketsa dicatatlkan sebagai panduan untuk penghasilan karya pada masa akan datang. Ini perlu agar idea atau buah fikiran yang diperolehi tidak terpadam begitu sahaja dan diabaikan. Mungkin ia menjadi satu petunjuk untuk diolah sebagai satu penceritaan yang menarik dan tersendiri. Adakalanya ia menjadi pelengkap dalam penghasilan sesuatu karya tanpa disedari.

Alam sekeliling terutamanya hutanrimba,flora dan fauna masih lagi jadi subjek dalam karya yang saya hasilkan. Keterujaan saya terhadap hutanrimba dan habitatnya membuatka saya ingin mengenali lebih dalam lagi erti “sebuah kehidupan disitu” dan saya tonjolkan dalam karya lukisan yang dihasilkan. Saya masih lagi dengan penggunaan warna terang,jitu serta terserlah bagi menceritakan perjalanan dalam karya saya tersebut. Adakala ketika menghasilkan sesuatu karya lukisan saya rasakan diri saya benar-benar berada didalam hutanrimba berserta dengan habitatnya. Setiap olahan memainkan peranan tersendiri. Sentuhan bersahaja berus,titik,gurisan dan garisan serta renjis mempunyai maksud yang tersembunyi. Juga boleh ditafsirkan sebagai pelengkap sesuatu perjalanan penceritaan akan tetapi belum sampai kepenghujungnya. Disebabkan itu saya amat gemar menghasilkan karya dalam bentuk bersiri agar masyarakat dalam menerima dan memahami apa yang sebenarnya yang ingin saya sampaikan.

Walaupun aliran abstrak dikategorikan sebagai satu aliran yang agak sukar difahami jalan penceritaannya atau mesej yang ingin disampaikan sebenarnya ia tidaklah sedemikian rupa jika masyarakat mengetahui disebalik itu. Pelukis sebenarnya ingin berkongsi minda atau pengamatan dengan masyarakat agar apa yang ingin disampaikan dapat diterima pakai. Tidak semua aliran abstrak itu terlalu abstrak hingga sukar ditafsirkan maksudnya. Warna,sentuhan berus dan coretan tidak akan lari dari seseuatu karya lukisan abstrak. Jadi penghayatan atau untuk memahami sesuatu karya yang dihasilkan tidak timbul jika masyarakat atau peminat senitampak peka akan hal tersebut. Perlu ada pengkongsian pendapat dan bertukar maklumat jika ia dirasakan perlu agar karya yang dihasilkan tidak dipinggirkan begitu sahaja. Persoalan tidak memahami atau sukar difahami seringkali timbul jika diutarakan mengenai sesuatu karya abstrak. Ini menjadi suatu pemasalahan dan karya abstrak ‘hanya’ dapat diterima oleh mereka ‘yang benar-benar’ menerima aliran tersebut dalam dirinya. Sesuatu yang agak unik.

Bila agaknya penerimaan secara total masyarakat Malaysia terhadap senitampak menjadi suatu persoalan. Rata-rata sukakan sesuatu yang indah dan cantik tanpa menilai atau mengira mesej yang ingin diketengahkan. Apa yang dilihat itulah yang diterima oelh mereka. Sukar untuk mendapatkan masyarakat yang faham akan keistimewaan sesebuah karya lukisan.. Mungkin ada golongannya akan tetapi kecil jumlahnya. Jadi ini boleh membantutkan usaha untuk  perkembangan senitampak tanahair. Harga sebuah karya lukisan masih menjadi sesuatu yang subjektif dan sensitif. Tiada panduan atau penimbangtara untuk dijadikan ukuran penetapan harga sesebuah karya lukisan yang dihasilkan oleh mana-mana pelukis di Malaysia ini. Jadi tidak hairanlah ada perbezaan yang ketara dari segi menetapkan harga sesebuah karya lukisana diantara seorang pelukis dengan rakan pelukis yang lain.

KARYA MINDA

Untuk menghasilkan sebuah karya lukisan pelukis memerlukan idea atau motif yang ingin diketengahkan samaada membawa mesej yang nyata maupun yang tersirat. Pelbagai cara dan imiginasi digunakan agar tercipta sebuah ‘penceritaan’ diatas media visual. Olahan warna. gaya dan teknik serta sentuhan kreativiti diadun sebaik mungkin untuk mendapatkan sebuah karya yang berkualiti dan tersendiri. Segalanya bermula dari benak minda kita dan kemudian diujudkan bentuknya agar dapat dihayati dan pertontonkan kepada umum. Menjadkannya suatu tarikan kepada yang melihat bergantung kepada kekuatan pelukis itu menghasilkan sesebuah karya. Adakala pengamatan kepada apa yang berlaku dipersekitaran menjadi pemangkin untuk memperbaiki karya itu serta melengkapkan visual olahannya. Karya lukisan tidak akan lengkap tanpa penghayatan pelukis tatkala membuatnya. Pada kebiasaannya pelukis akan begitu asyik dengan dirinya ketika ‘menyiapkan’ karya lukisan tanpa menghiraukan disekelilingnya. Ini disebabkan bila minda dan perasaan diri bergabung menjadi satu untuk menghasilkan yang terbaik.

Begitu juga apa yang saya lalui ketika berkarya. Kebanyakkan lukisan saya dibuat secara spontan dan berpandukan ilham minda yang datang tatkala itu. Jangkamasa untuk melakarkan idea itu hanya memakan beberapa minit sahaja akan tetapi untuk mendapatkan sentuhan jitu ia adakala berlarutan puluhan minit. Kesinambungan ‘penceritaan’ dalam karya lukisan itu adakala mengambil masa yang singkat untuk disempurnakan bergantung kepada mood dan kesegaran minda saya untuk berkarya. Ia akan terus diolah bergantung kepada penggunaan warna dan sentuhan berus serta teknik-teknik tertentu untuk menaikkan visual karya tersebut. Kebiasaannya saya akan menyiapkan jalan cerita dalam karya lukisan itu apabila saya rasa sentuhan perasaan didalamnya telah dilengkapkan dengan sempurna.

Sejauh mana dapat diketengahkan idea yang mendatang bergantung kepada kesungguhan untuk mencatatkan keujudannya. Adakala idea  yang diperolehi tidak seratus peratus dapat diolah dengan baiknya. Pengalaman adalah sesuatu yang begitu penting dalam ‘menawan’ dan ‘melakarkan’ idea menjadi kenyataan dalam bentuk karya lukisan. Bukan mudah untuk mengeluarkan idea yang bernas dan jitu tanpa sebarang penghayatan yang tinggi. Idea mampu ditonjolkan tetapi belum tentu dapat diolah sebaik mungkin menjadi sebuah karya lukisan. Sekali lagi ilmu dan pengalaman yang luas membezakan mutu sesebuah karya lukisan yang dihasilkan oleh mana-mana pelukis. Segalanya bermula dari sentuhan minda.

LAGI PENGHASILAN KARYA BARU 4

..lagi siri hutanrimba. Peringkat awal. Penyiapan kerja, 30%. Lakaran terus keatas kanvas dibuat pada 16hb Februari 2010. Kesinambungan Jungle series.

…adunan warna terang,lembut dan terserlah.

..gabungan antara hutanrimba dan realiti kehidupan.

LAGI PENGHASILAN KARYA BARU 2

…lagi siri bertemakan hutanrimba. Masih diperingkat awal penyiapan kerja (30%). Lakaran terus keatas kanvas dibuat pada 15hb Februari 2010.

…adunan warna yang terang dan lembut.