IDEA DAN KEFAHAMAN

Bagi setiap pelukis untuk mendapatkan idea untuk sesebuah karya mereka adakalanya ia berpandukan kepada persekitaran kehidupan yang mereka lalui dan alami juga berdasarkan kepada perkembangan semasa. Kepekaan terhadap akan sesuatu biasanya mampu memberikan sesebuah karya itu menarik dari segi olahan dan peceritaannya. Bagi peminat senilukis ini akan memudahkan mereka memahami apa yg ingin disampaikan oleh pelukis tersebut dan menerima maksud karya itu dengan jelas.

Disamping itu ada juga segelintir pelukis yang memperolehi idea untuk sesebuah karya mereka melalui ilham yang mendatang secara spontan. Pelukis akan cuba mencatatkan ilham tersebut keatas buku sketsa atau pun melakarkan terus kemedia catan. Ini bagi memudahkan ilham tersebut mampu direkodkan dan tidak pudar dari ingat mereka serta menjadi rujukan kelak. Seseorang pelukis perlu memahami intipati idea yang ingin disampaikan bukan hanya sebagai sekadar pencetus kerja mereka. Kekuatan sesebuah karya lukisan juga bergantung kepada mesej dan jalan cerita idea yang ingin diutarakan selain dari kekuatan olahan serta keberkesanan penyampaiannya. Oleh itu seseorang pelukis seharusnya mengerti apa yang ingin mereka sampaikan dari segala aspek senilukis dan pemasaran.

Sesebuah karya lukisan yang ‘kosong’ dan tiada kekuatan menjadikannya kurang mampu menarik peminat seni atau yang melihatnya biarpun ianya ‘cantik’ dari pandangan mata. Maka tiada hairanlah karya lukisan tersebut tidak mendapat perhatian sewajarnya. Bagi menghasilkan karya lukisan yang mempunyai kekuatan yang tersendiri seseorang pelukis seharusnya menjalankan kajian dan penganalisaan terhadap jalan cerita karyanya.

Sesebuah karya yang dapat difahami dan dimengertikan maksudnya akan menjadi pilihan dan kesukaan peminat seni atau orang ramai. Bagaimana kekuatan karya itu mampu ditonjolkan bergantung kepada pelukis itu tersendiri. Seharusnya setiap lukisan yang dihasilkan perlu mendapat pandangan dari orang lain. Ini adalah untuk pelukis itu mengumpul data maklumat dari segi penambahbaikan karyanya dan tidak menjadinya seorang yang hanya bergantung kepada diri sendiri semata-mata. Pandangan dan kritikan dari orang lain adalah perlu kerana lukisan yang dihasilkan adalah untuk tontonan dan koleksi orang ramai maka merekalah yang sepatutnya menjadi ‘juri atau pengadil’ kepada hasil karya pelukis tersebut.  Oleh itu seseorang pelukis yang ingin  memajukan diri mereka seharusnya mempunyai keterbukaan dari menerima teguran dan pandangan biarpun dari sudut kacamata orang ramai mereka ini mempunyai ego yang tinggi.  Pelukis adalah manusia yang begitu sensitif dan halus jiwanya. Maka masyarakat perlu sedar akan ini dan ciri-ciri ini dapat diketemukan dalam setiap karya yang peluksi tersebut hasilkan.

Idea yang bernas dan bagus penyampaiannya akan mudah difahami. Keterserlahan idea yang diolah mengikut citarasa pelukis tersebut adalah salah satu kekuatan karya mereka selain dari menengahkan identitinya. Dekatilah pelukis maka anda akan mengetahui dunia mereka.

 

MINDSKETCH 18 : Sketches

ANOTHER WORKS ON JUNGLE SERIES
Sketch on paper. Done on 16th May 2001

Sketch on paper. Done on 2nd August 2001

KARYA SENI 14

TITLE                   :    SOUL OF THE JUNGLE

                                             –  Desire 1

MEDIUM             :      Acrylic on Canvas

DIMENSION       :      32 ins x 36 ins

                                          ( 81 cm x 92 cm )

YEAR                   :    2010

  PRICE                :    USD7,000.00