LUKISAN UNTUK PUTERI PACIFIC HOTEL JOHOR BARU

Pada 27hb Februari 2013 yang lalu saya diberi kesempatan untuk membekal karya lukisan saya di Puteri Pacific Hotel Johor Baru. Walaupun dalam keadaan fizikal kesihatan saya yang tidak mengizinkan hasrat CEO Hotel tersebut tidak mampu saya ketepikan atau tolak. Saya membawa beberapa keping karya lukisan saya yang belum pernah ditonjolkan maupun disiarkan diamana-mana untuk tujuan tersebut. Saya tepat sampai kedestinasi yang dituju tepat pada pukul 4.15 petang. Saya gagahkan diri saya agar tugas ini dapat saya pikul dan penuhi. Syukur alhamdulillah saya berhasil lakukannya. Sampai saja disana saya terus check-in. Maklumlah setelah mengharungi perjalanan yang agak jauh terasa juga akan penatnya. Mungkin disebabkan saya yang tidak berapa sihat, tercunggap dan mengah adalah lumrah. Setelah check-in saya mendapat panggilan dari CEO hotel tersebut agar berhubung dengan wakilnya. Saya memohon untuk berehat seketika sebelum berjumpa wakil CEO itu dan juga dirinya yang ketika itu sibuk dalam mesyuarat. Keadaan suasana didalam bilik hotel itu amat menakjubkan. Walaupun ringkas susunatur persekitarannya pada Pan pac09keseluruhan semuanya kemas dan menenangkan fikiran. Memang sesuai untuk pengunjung berehat dan bersantai.

Perabut dan peralatan yang diguna pakai didalam bilik tersebut amat sepadan dengan apa yang ada disitu. Warna yang dipilih tidak keterlaluan terang atau melampau tetapi begitu menyejukkan mata yang memandang. Jadi tidak hairanlah ianya akan membawa kita pada suasana untuk berehat dan mendamaikan. Tidak seperti sesetengah hotel diMalaysia ini yang warna persekitarannya yang begitu membosankan dan keterlaluan.

Pan pac08

Pan pac 010

Tepat pada pukul 7.10 malam setelah mendapat rehatkan badan seketika saya menerima panggilan dari CEO hotel tersebut, En. Mazlan BIn Ali yang telah sampai dilobby dan menunggu kehadiran saya. Maka tanpa berlengah lagi saya bergegas turun untuk bertemu beliau. Sampai sahaja dilobby En. Mazlan menyambut saya dengan senyuman dan kami bergerak menuju kecoffee house di hotel tersebut. Lama juga kami berborak dan bertukar pendapat serta ajukan beberapa informasi mengenai karya lukisan saya. Beliau amat tertarik dan ingin melihat karya tersebut. Saya berjanji akan menunjukkan beliau karya lukisan tersebut pada keesokkan harinya disebabkan keadaan suasana yang tidak mengizinkan dan beliau bersetuju.

Pan pac01

Pan pac02

…suasana didalam coffee house. Makanan yang disajikan adalah secara ala-carte dan memang sesuai dengan citarasa para tetamu. Harga yang dikenakan agak berpatutan dan mampu ditanggung oleh tetamu. Perkhidmatan yang diberikan agak memuaskan maka ramai tetamu yang hadir menjamu selera pada ketika itu.

                        Pan pac006                                                      

Pan pac04

Pan pac03

Pan pac01

Setelah menjamu selera dan bebincang seketika pada malam itu kami meninggalkan coffee house tersebut pada pukul 8.30 malam disebabkan En. Mazlan ada urusan lain selepas itu dan menetapkan menyambung perbincangan kami pada esok harinya. Setelah berjabat tangan dan mengucapkan selamat malam saya beredar untuk kebilik saya.

Pada keesokkan harinya kami bertemu semula untuk mengadakan perbincangan serta menikmati makan tengahari. Banyak perkara yang kami sentuh dan bincangkan mengenai karya lukisan yang saya bawa. Sebelum itu ada 2( dua ) orang kakitangan hotel tersebut membawa saya melawat ruang Presidential Suite bagi tujuan untuk saya mendapatkan buah fikiran hiasan dalamannya. Apa yang saya perolehi warna karya lukisan saya amat sesuai bagi beberapa bilik suite mereka. Maka ini tidak menjadi masaalah bagi mereka agar bersetuju mengambil karya-karya tersebut disebabkan saya telah memudahkan tugas mereka. Saya panjangkan informasi itu kepada En.Mazlan tatkala kami berbincang dan menjamu selera dan beliau agak bersetuju dengan pandangan saya. Apa yang saya tawarkan adalah amat berpatutan dan ianya amat sukar ditolak. Lagi pun lukisan saya itu secocok dengan warna dinding hotelnya.

Pan pac 011

….CEO Puteri Pacific Hotel yang telah lama memberi khidmatnya.

Pan pac015

…foto saya sempat juga dirakamkan bersama beliau dan dalam keadaan santai.

Pan pac013

…saya yang nampak keletihannya maklumlah keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Pan pac 019

……En. Mazlan Ali,orang kuat dalam Puteri Pacific Hotel.

Pan pac 012

……Puan Shima Ariss,pengunjung hotel tersebut.

Setelah selesai berbincang dan menjamu selera kami bersedar dari coffee house disebabkan En.Mazlan ada satu lagi mensyuarat untulk beliau hadiri. Setelah berjabat tangan saya naik semula kebilik untuk berkemas dan tepat pukul 4.15 petang saya meninggalkan hotel tersebut menuju ke Melaka.

Advertisements

LUKISAN DAN MANUSIA

Pelukis adalah seorang manusia biasa. Dari pelukis maka lahirlah satu catatan peristiwa yang di coretkan diatas media agar menjadi satu tatapan kepada orang lain. Pelukis adalah perakam peristiwa itu maka tidak hairanlah sebagai seorang manusia segala intisari kehidupan dapat ditonjolkan melalui karya lukisannya. Setiap aspek diketengahkan semasa berkarya agar hasilnya dapat diterjemahkan sebaik mungkin dan diterima pakai oleh orang lain. Begitu sinonimnya antara lukisan dan manusia. Ia tidak dapat dipisahkan walaupun apa jua keadaan pun. Ada pelukis yang begitu menghayati ketika berkarya hingga lupa seketika keadaan sekelilingnya, Ia begitu teruja dengan dirinya dan juga emosi dalamannya tatkala berkarya. Sentuhannya begitu mengasyikkan dan adakala diluar jangkauan minda dan perasaan. Begitu luar biasa kebolehan seseorang pelukis merakamkan peristiwa samaada dari apa yang dia lihat maupun yang terbit dari idea atau ilhamnya. Pelukis mampu menrealisasikan apa yang dia temui keatas media sebagai satu karya lukisan.

Ironinya ada juga peukis yang hanya mampu menengahkan apa yang dilhatnya sebagai karya lukisan tapi kurang menyerlah menerbitkan sentuhan perasaan atau mampu hidupkan jiwa karya lukisannya. Pelukis hanya mampu ‘meniru’ atau ‘menciplak’ apa yang dilihatnya. Hanya untuk menjadikan karya lukisannya agar benar-benar seperti subjek yang dirakamkan.Jadi tidak hairanlah ada karya lukisan nampak statik dan kaku. Tiada jalinan emosi atau sentuhan perasaan didalamnya. Begitu juga pelukis itu sendiri. Dia sepatutnya faham dan begitu mendalami dirinya dan juga subjek yang mau ditonjolkan dalam karyanya. Tanpa kesedaran ini maka terbitlah satu karya yang kurang kualitinya hanya nampak luarannya sahaja. Dalam menghasilkan sesebuah karya agar dapat diterima oleh masyarakat maka kualiti adalah antara yang perlu diambilkira. Sebuah karya yang mempunyai kualiti yang tinggi adalah karya lukisan yang hebat memenuhi citarasa pelihatnya. Oleh itu mana-mana pelukis yang menitikberatkan kualiti dalam penghasilan karya lukisannya adalah seorang pelukis yang peka dengan kehendak pasaran senitampak masa kini.

Lukisan itu adalah sebahagian dari diri manusia maka dari manusia itu sendiri lahirlah satu catatan yang digelar lukisan. Tanpa manusia tiadalah karya lukisan itu. 

 

BLOG SENITAMPAK

MENGENAI BLOG SENITAMPAK

Kebanyakkan isi kandung yang terdapat didalam blog senitampak adalah mengenai kerja-kerja berkaitan senitampak itu sendiri. Sususan dan intipatinya dikongsi untuk mendapatkan perhatian dan sanjungan. Blog senitampak adalah sebuah puisi, penulis yang beraliran sedar diri, pencerita dan sebagainya. Berjayanya sesebuah blog senitampak itu terletak sejauh mana ia disukai,diterima pakai walhal adakala terdapat kelemahan ketara didalam isi kandungnya. Sekiranya ia adalah sesuatu penulisan yang berwiba terdapat banyak komen-komen sanjungan yang diajukan sebagai satu penghargaan akan tetapi lebih menjurus kepada suatu kerja yang bagus. Apa lagi yang seharusnya boleh kita perkatakan mengenainya. Apa jua pun penulisan itu adalah untuk tatapan umum. Blog senitampak merupakan suatu muzium. Jika ia dilayari pelawat pada kebiasaannya akan melihat isi kandungannya sepintas lalu, memberi sedikit komen atau teguran jika perlu dan termenung sejenak memikirkan apa sebenrnya yang ingin disampaikan sekira pelawat itu seorang yang peka pada apa yang diberitahu. Amat sukar berlakunya hubungan timbal balik bila blog itu dilawati. Hanya isi kandungannya yang memaklumbalaskan. Pencinta senitampak bercerita mengenai senitampak akan tetapi apa yang diperagakan didalam isi kandung sesebuah blog senitampak adalah kitaran perasaan, sentuhan jiwa yang amat sensitif, ketidakpuasan hati yang biasanya berbentuk peribadi walaupun ada setengahnya berkisar pada seuatu yang amat luas untuk diertikan maksudnya. Penulis blog senitampak lazimnya sudah ketahu apa yang sebenar yang mereka utarakan. Mereka telah menyusun satu perincian yang berkaitan dengan apa yang mereka tulis. Kebiasaannya penulis mengharapkan suatu penghargaan diatas penulisan mereka atau menjadikan blog itu satu perjalanan seni mereka. Suatu pengkisahan perjalanan seni.

 

Ciri-ciri kekuatan sesuatu blog senitampak adalah seperti berikut :-

  1. Menjadi penulis yang berwiba adalah suatu perkara dan menjadi seorang blogger senitampak yang cemerlang adalah sesuatu yang amat berlainan. Didalam konteks penulisan blog seseorang itu kenalah amati sejauh mana penulisannya memberi impak dan kesan kepada umum. Seharus diingatkan setiap sesuatu yang diutarakan didalam penulisan blog itu perlulah mendapat perhatian dan mampu menarik minat pembaca.
  2. Kualiti dan bukan kuantiti. Penulisan yang berkualiti akan menjadi perhatian umum. Isi kandungannya ditatap dan mendapat sanjungan. Ianya juga dikongsi bersama serta ada pengikut setianya. Perlu diingat adalah mengambil jangkamasa yang panjang untuk mencapai penghasilan penulisan yang berkualiti.
  3. Penulis blog senitampak perlu berani dan ada jatidiri apabila menengahkan penulisannya. Setiap sesuatu yang diutarakan adalah dari pendapat mereka sendiri. Tidak perlu untuk mengadakan suatu penulisan yang panjang tetapi cukup sekadar difahami isi kandungannya serta telus. Berkesan dan berjaya menambat hati pembaca adalah suatu kejayaaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SEJENAK MERENUNG WARISAN

Hayatilah bait-bait pantun yang teramat puitis ini, menggambarkan betapa indah bahasa ibunda kita. Mencerminkan adat budaya kita sebagai seorang Melayu yang memiliki jatidiri serta kesopanan dalam dirinya. Dihari ini ianya menjadi kusam dan pudar tiada lagi bersemi dijiwa orang Melayu kita disebabkan terlalu agungkan budaya dan adat resam bangsa asing yang tiada kebenarannya. KIta tetap Melayu dengan semangat juang yang tak pernah luntur. Melayu Tulin.

INDAHNYA BUDI

 

Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut tersebut
Budi yang baik rasa nak junjung

Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi bangsa kerana bahasa

Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi

Banyak ubi perkara ubi
Ubi keledek ditanam orang
Banyak budi perkara budi
Budi baik dikenang orang

Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang

Daun gelenggang pengubat santau
Pohonnya condong tumbuh berjejeran
Anak dagang asing di rantau
Jangan lupakan desa kelahiran.

Silau persada berjejal bintang,
Indah purnama di Kuala Rusa,
Kalau tiada aral melintang,
Pulanglah jua hamba ke desa

Naik perahu mudik ke hulu,
Singgah turun menebar jala,
Kalau nak tahu anak Melayu,
Bersopan santun mulia hatinya.

Tampi padi di dalam nyiru,
Padi subur diberi baja,
Tinggi pekerti anak Melayu,
Bakti ditabur damai dicipta.

Kalau ada si pinang muda,
Pinang tua tidak berguna,
Anak muda pewaris bangsa,
Pupukkan budaya mengenang jasa.

Burung kedidi terbang berlima,
Anak tekukur di pohon selasih,
Bangsa yang tinggi nilai budinya.
Tahu bersyukur dan berterima kasih.

Tuai padi berdahan muda,
Padi pandan harum baunya,
Nilai murni warisan bangsa,
Menjadi amalan menuju bahagia.

Baju batik corak berbunga,
Dipakai hari anika warna,
Melayu dididik berakhlak mulia,
Agar menjadi warga berwibawa.

Semai padi disenja hari,
Cuaca suram hujan tak jadi,
Nilai murni budaya tinggi,
Diterap dalam pendidikan bestari.

Buat bahulu berisi inti,
Cucur cempedak tepung diuli,
Sesalnya aku menjadi lelaki,
Kalau tidak menunai janji.

Kain sutera anggun menawan,
Mari ditekad buat hiasan,
Miskin dan kaya jangan kita bezakan,
Dengki khianat jangan kita amalkan.

Berjalan ke dusun menanam halia,
Halia muda rimbun sekali,
Sopan santun amalan mulia,
Tanda budaya bangsa pun tinggi.

Berjalan sang kancil di pinggir taman,
Mencari makanan di hutan belantara, 
Insan yang kami ingin dilahirkan,
Melalui wawasan pendidikan negara.

Burung tempua bersarang tinggi,
Hinggap seketika dipohon meranti,
Wahai remaja bijak bestari,
Janganlah leka dibuai mimpi.

Keindahan bahasa Melayu tiada tolok bandingannya dengan bahasa-bahasa lain didunia. Sesuatu yang tak lekang dik hujan dan lenyap ditelan zaman. Adat resam dan budaya yang kita praktikkan didalam kehidupam seharian kita menjadikan kita bangsa Melayu yang bersopan santun serta menghormati orang lain. Dewasa ini bahasa,adat resam dan budaya kita telah kurangkan dipraktikkan sebaliknya kita mengaung-agungkan adat budaya bangsa orang sedangkan kita tidak ketahui akan sejarah serta kebenarannya. Orang muda sudah lupa menghormati orang yang lebih tua. Bahasa yang dipertuturkan pun sudah menjadi kasar dan biadap. Tiada lagi rasa hormat dan harga diri disebabkan terlalu hanyut dengan budaya asing.  Dari mana asalnya kita pun samaada dari kampung atau bandar kita tetap orang Melayu. Jagalah warisan nenek moyang kita ini dari zaman berzaman agar ianya tidak lenyap dari muka bumi. Sama-samalah kita berganding bahu memertabatkan keindahan bahasa melayu kita. Kita Melayu Tulin.

CATATAN MINDA 2

Biarpun keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan akan tetapi semangat untuk terus berkarya tidak pernah sama sekali luntur atau padam dalam diri ini. Kesinambungan berkarya adalah perlu bagi memastikan perjalanan senitampak yang dilalui tidak terhenti begitu sahaja. Bukan sekadar hanya berkarya tetapi juga mencoretkan suatu penceritaan agar dapat dikongsi bersama dengan masyarakat yang cintakan seni apa lagi senitampak perlu dilakukan. Sketsa demi sketsa dicatatlkan sebagai panduan untuk penghasilan karya pada masa akan datang. Ini perlu agar idea atau buah fikiran yang diperolehi tidak terpadam begitu sahaja dan diabaikan. Mungkin ia menjadi satu petunjuk untuk diolah sebagai satu penceritaan yang menarik dan tersendiri. Adakalanya ia menjadi pelengkap dalam penghasilan sesuatu karya tanpa disedari.

Alam sekeliling terutamanya hutanrimba,flora dan fauna masih lagi jadi subjek dalam karya yang saya hasilkan. Keterujaan saya terhadap hutanrimba dan habitatnya membuatka saya ingin mengenali lebih dalam lagi erti “sebuah kehidupan disitu” dan saya tonjolkan dalam karya lukisan yang dihasilkan. Saya masih lagi dengan penggunaan warna terang,jitu serta terserlah bagi menceritakan perjalanan dalam karya saya tersebut. Adakala ketika menghasilkan sesuatu karya lukisan saya rasakan diri saya benar-benar berada didalam hutanrimba berserta dengan habitatnya. Setiap olahan memainkan peranan tersendiri. Sentuhan bersahaja berus,titik,gurisan dan garisan serta renjis mempunyai maksud yang tersembunyi. Juga boleh ditafsirkan sebagai pelengkap sesuatu perjalanan penceritaan akan tetapi belum sampai kepenghujungnya. Disebabkan itu saya amat gemar menghasilkan karya dalam bentuk bersiri agar masyarakat dalam menerima dan memahami apa yang sebenarnya yang ingin saya sampaikan.

Walaupun aliran abstrak dikategorikan sebagai satu aliran yang agak sukar difahami jalan penceritaannya atau mesej yang ingin disampaikan sebenarnya ia tidaklah sedemikian rupa jika masyarakat mengetahui disebalik itu. Pelukis sebenarnya ingin berkongsi minda atau pengamatan dengan masyarakat agar apa yang ingin disampaikan dapat diterima pakai. Tidak semua aliran abstrak itu terlalu abstrak hingga sukar ditafsirkan maksudnya. Warna,sentuhan berus dan coretan tidak akan lari dari seseuatu karya lukisan abstrak. Jadi penghayatan atau untuk memahami sesuatu karya yang dihasilkan tidak timbul jika masyarakat atau peminat senitampak peka akan hal tersebut. Perlu ada pengkongsian pendapat dan bertukar maklumat jika ia dirasakan perlu agar karya yang dihasilkan tidak dipinggirkan begitu sahaja. Persoalan tidak memahami atau sukar difahami seringkali timbul jika diutarakan mengenai sesuatu karya abstrak. Ini menjadi suatu pemasalahan dan karya abstrak ‘hanya’ dapat diterima oleh mereka ‘yang benar-benar’ menerima aliran tersebut dalam dirinya. Sesuatu yang agak unik.

Bila agaknya penerimaan secara total masyarakat Malaysia terhadap senitampak menjadi suatu persoalan. Rata-rata sukakan sesuatu yang indah dan cantik tanpa menilai atau mengira mesej yang ingin diketengahkan. Apa yang dilihat itulah yang diterima oelh mereka. Sukar untuk mendapatkan masyarakat yang faham akan keistimewaan sesebuah karya lukisan.. Mungkin ada golongannya akan tetapi kecil jumlahnya. Jadi ini boleh membantutkan usaha untuk  perkembangan senitampak tanahair. Harga sebuah karya lukisan masih menjadi sesuatu yang subjektif dan sensitif. Tiada panduan atau penimbangtara untuk dijadikan ukuran penetapan harga sesebuah karya lukisan yang dihasilkan oleh mana-mana pelukis di Malaysia ini. Jadi tidak hairanlah ada perbezaan yang ketara dari segi menetapkan harga sesebuah karya lukisana diantara seorang pelukis dengan rakan pelukis yang lain.

MINDSKETCHING 51 : Sketches

ANOTHER SKETCH ON JUNGLE SERIES : EXPRESSION OF MIND – jungle inhibitants

 

 

 

 

…direct sketch onto canvas using acrylic paint. Done on February 2012. 10% in completion

MINDSKETCHING 50 : Sketches

ANOTHER SKETCH : EXPRESSION OF MIND – jungle inhibitants

 

..direct sketch onto canvas using acrylic paint. Done on February 2012. 10% in completion