MINDSKETCH 66 – Sketches

ANOTHER SKETCHES ON NEW ARTWORKS- JUNGLE SERIES

 

Picture 005

 

10% work-in-progress and still at initial stage. A direct sketch onto canvas using acrylic paint.

 

Picture 007

Advertisements

MINDSKETCH 65- Sketches

Sekian lama menyepi disebabkan keadaan fizikal dan kesihatan yang tak mengizinkan dalam 2 hari lepas dapatlah saya memulakan kerja baru saya. Terasa kekok juga sebab dah lama tak melukis jadi ada kelemahan dalam menghuraikan idea keatas kanvas. Kesabaran dapat mengatasinya maka dapatlah saya melakarkan beberapa keping lukisan baru saya buat permulaan bagi tahun 2013 ini. Suatu yang menjadi perangsang untuk saya terus berkarya. Kalau tak dimulakan sudah pasti ia akan tertangguh lebih lama lagi. Waktu yang ada biarlah saya gunakan sebaik mungkin untuk menghasilkan karya-karya baru khusus buat tahun 2013. Mengolah idea yang banyak tersimpan dalam buku catatan saya mungkin mengambil masa yang agak lama kalau saya tidak mengambil inisiatif untuk dijadikan sebuah karya. Oleh itu saya berpendapat eloklah dimulakan satu persatu dan hasilkan karya yang terbaik.

Picture 001

10 % work-in-progress and at still at initial stage. A direct sketch onto canvas using acrylic paint.

Picture 003

SPIRIT OF THE JUNGLE ( Semangat Rimba )- suatu perjalanan

Apabila dikatakan mengenai Spirit of The Jungle ( Semangat Rimba ) maka dengan spontannya minda kita akan mengatakan sesuatu yang amat menakutkan atau memberi kesan negatif pada pemahaman kita walhal perkara yang sebenarnya bukanlah sedemikian rupa. Kita telah menjadi kebiasaan dimomokkan dengan dongengan yang mengelirukan apa lagi pabila berbicara mengenai hutanrimba. Suasana persekitaran hutanrimba itu sendiri yang memberi kita sesuatu yang diluar jangkaan apa lagi jika kita tidak biasa dengan suasananya.

Jika diamati dengan terperinci dan menghayati apa yang dikatakan Spirit itu adalah sesuatu yang mengajak kita memahami dan meneroka sedalam-dalamnya apa yang ada dihutanrimba itu samaada kehidupan atau ruanglingkup kejadiannya yang banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur yang tak kelihatan seumpama ‘ Spiritual ” akan tetapi dapat dirasai kehadirannya. Menyusuri elemen spirit ini adakala membuatkan kita terpesona dan terpanggil untuk meneroka lebih lagi apa yang sebenarnya fungsi spirit ini dihutanrimba pada kita sebagai penghuni luaran. Jika diamati ia sebenarnya mengajar kita untuk mengenal diri kita sebaik mungkin dan ada kesamaan dengan kehidupan hutanrimba itu dengan kehidupan kita. Hutanrimba adalah permulaan kehidupan.

Picture 020

SPIRIT OF THE JUNGLE- Freedom Of Mind 2

Acrylic on Canvas

104 cm by 97 cm

2010

USD15,000.00

Picture 023

SPIRIT OF THE JUNGLE- Freedom Of Mind 3

Acrylic on Canvas

104 cm by 97 cm

2010

USD15,000.00

Picture 016

 

SPIRIT OF THE JUNGLE- Inspiring Mood 2

Acrylic on Canvas

104 cm by 97 cm

2012

USD15,000.00

Picture 013

SPIRIT OF THE JUNGLE- Inspiring Mood 1

Acrylic on Canvas

104 cm by 97 cm

2012

USD15,000.00

 

KARYA SENI 56

ANOTHER SERIES ON JUNGLE- MINDFUL EXPRESSION

Picture 005

 

SPIRIT OF THE JUNGLE- Determination 1

Acrylic on Canvas

104 cm by 97 cm

2010

USD15,000.00

Picture 006

WARNA DALAM KEHIDUPAN

Warna merupakan sesuatu yang begitu sinonim dan akrab dengan kehidupan kita. Kita mengenali apa jua kejadian secara fizikalnya diatas muka bumi melalui warna. Warnalah yang memberi kita gambaran atas sesuatu. Dengan warna jua kita mentafsir akan sesuatu yang dijadikan. Apabila celik saja kita dari tidur kita akan dilihatkan dengan segala macam kejadian dan bentuknya melalui warna yang ada. Daun-daun dan tumbuhan berwarna hijau,langit berwarna biru,awan berwarna putih,tanah berwarna coklat dan keperang-perangan serta juga air laut yang berwarna biru kehijau-hijauan. Api yang gunanya untuk memasak makanan kita didapur berwarna merah,matahari berwarna kekuningan juga buah yang masak ranum samaada berwarna kuning maupun merah. Manggis berwarna hitam apabila masak tetapi hijau tatkala muda begitu juga jambu susu yang berwarna putih. Kenapa begitu kejadian warnanya? Adakah warna setiap kejadian ini ada maksud yang tersirat? Sudah pasti sesuatu yang terjadi ini ada sebab disebalik keadaan dan rupa bentuknya.

Jika ditakdirkanlah segala kejadian yang ada diatas muka bumi ini hanya mempunyai satu warna dapatkah kita mengetahui,mengenali dan mentafsir akan ujudnya? Mampukah mata kita menerima hanya satu warna bagi segala kejadian? Cuba bayangkan pabila terbuka sahaja mata kita hanya gelap yang kita nampak. Kita tidak dapat membezakan apa jua kejadian. Segala-galanya pada kita tiada kelihatan.Sedangkan dengan keadaan alam yang begitu gelap dari pandangan kita menjadian kita bercelaru inikan pula jika satu warna sahaja bagi setiap kejadian. Mata kita dicipta untuk menerima kejadian warna yang terang dan menyenangkan hati dan perasaan kita. Mata kita tidak mampu bertahan dengan keadaan yang gelap. Kita seolah-olah hilang panduan dan arah.Dapatkah kita menerima hakikat kejadian jika dibandingkan sebelum ini kita dapat melihat pelbagai bentuk kejadian dan warna sedangkan ketika ini hanya satu warna sahaja yang mampu kita lihat? Warna ada kekuatan yang tersendiri dan dengan warnalah kita dapat membezakan antara satu kejadian dengan kejadian yang lain. Dengan pancaindera mata kita mampu dan dapat melihat kejadian diatas muka bumi ini dengan seribu rahmat dan nikmat.

Persoalan yang mungkin timbul jika sayur-sayuran yang kini berwarna hijau ditukarkan kewarna hitam. Buah-buahan yang muda berwarna hijau pabila masak ranum berwarna kuning,merah,hitam serta putih ditukar menjadi biru muda. Tanah yang berwarna perang atau coklat ditukar berwarna hijau. Langit yang berwarna biru ditukar dengan warna coklat samaada siang atau malam. Air yang kita minum berwarna keemasan juga api yang memanaskan masakan kita berwarna hitam. Mampukah kita menikmati kehidupan ini seperti kita alami sekarang jika kita menerima pertukaran warna dalam kejadian yang dinyatakan tadi? Yang mungkin menjadi persoalan besarnya adalah sanggupkah mata kita menerima keadaan ini?  Nasi dan susu yang pada kebiasaannya berwarna putih bertukar menjadi hitam atau merah. Tertelankah kita makanan ini jika begitu warnanya? Segala-gala kejadian yang dicipta dengan warna yang tersendiri ada rahsianya pada Yang Maha Esa sesuai dengan kehendak dan naluri manusia yang menggunakannya. Sepatutnya kita bersyukur dengan apa jua yang kita nikmati tanpa sebarang rasa gundah dan  kesal. Sesuatu yang terjadi ada kegunaannya kepada kita sebagai hambaNya dimuka bumi ini. Warna juga memberi corak kepada kehidupan kita. Justeru itu setiap kejadian mempunyai warna yang tersendiri dan mengandungi rahsia kejadiannya Kita diberi akal untuk berfikir dengan warasnya maka ketahuilah rahsia ini agar kehidupan kita lebih bermakna bagi mereka yang mahu memahaminya.

 

LAKARAN KEHIDUPAN

Lukisan merupakan satu rakaman tampak yang dinyatakan,ditonjol,digarap atau diolah diatas media untuk memberi pandangan dan persepsi pelukis terhadap apa yang dilihat,dialami dan diandaikan. Pada kebiasaannya pelukis mengambil subjek matter tertentu untuk diceritakan dalam karya lukisannya.Fokusnya adakala bergantung jalan cerita atau mesej yang akan diketengahkan. Kekuatan sesuatu karya lukisan seseorang pelukis terletak kepada bagaimana dia memahami cerita atau mesej yang ingin disampaikan disamping penggunaan warna dan kehalusan hasil kerja yangdibuat.Kesungguhan dalam penghasilan sesebuah karya lukisan adalah amat penting dan perlu agar ianya dapat diterima dan memberi kepuasan kepada yang melihatnya.

Seseorang pelukis akan cuba melakukan yang terbaik untuk menghasilkan karya lukisannya.Pengamatan dan kecenderungan pelukis terhadap subjek matter karyanya adalah sesuatu yang memberi kesan dan impak sekiranya beliau menitikberatkan aspek-aspek yang mampu memberi kekuatan karyanya. Penyelidikan dan kefahaman terhadap subjek matter adalah keutamaan didalam penghasilan karya tersebut. Dengan adanya penyelidikan dan kefahaman maka karya yang dihasilkan akan memberi kepuasan samada kepada pelukis juga kepada yang melihatnya. Ini kerana setiap faktor dalam penghasilan karya tersebut dibuat dengan terperinci dan mempunyai garis panduan.

Lukisan juga adalah satu rakaman mengenai kehidupan dan disampaikan kepada orang ramai dalam berbagai cara dan umumnya adalah sesuatu yang tampak dan jelas.Pelbagai persepsi boleh diandaikan terhadap sesuatu karya lukisan yang dihasilkan. Karya yang baik dapat memberi impak kepada yang melihatnya. Apa jua corak kehidupan mampu direkodkan dan dirakamkan melalui lukisan. Ia suatu penonjolan tampak yang menggunakan warna dan media. Bagaimana ia dihasilkan bergantung kepada seseorang pelukis itu.

Sesebuah karya lukisan mampu menyentuh perasaan dan pengamatan kepada mereka yang melihatnya samaada ia memberi tanggapan positif maupun sebaliknya. Lukisan yang dapat memberi reaksi atau kesan terhadap yang melihatnya adalah karya lukisan yang ada kekuatan tersendiri. Tidak kira ia akan menjadi pilihan atau koleksi pembeli tetapi yang utamanya ia dapat memberi impak kepada yang melihatnya. Setiap lukisan yang dihasilkan ada mempunyai sinonim atau kesamaan dalam kehidupan setiap manusia. Oleh itu tidak hairanlah kenapa sesebuah karya lukisan itu dibeli dan miliki oleh individu tertentu. Ini adalah kerana pada lumrahnya mesej lukisan tersebut mempunyai pengertian dalam kehidupan yang membeli dan memilikinya. Setiap peminat seni lukis atau kolektor mempunyai kefahaman dan minat tertentu terhadap karya yang dibeli. Mereka tidak akan memiliki sesebuah karya lukisan itu jika ianya tiada kaitan dalam kehidupannya. Adakala karya lukisan yang dibeli disebabkan oleh minat dan keinginan yang memilikinya.