ARTWORKS FOR SALE

determination1

SPIRIT OF THE JUNGLE- Determination 1

Acrylic on Canvas

104 cm by 97 cm

2010

USD15,000.00

determination2

SPIRIT OF THE JUNGLE- Determination 2

Acrylic on Canvas

104 cm by 97 cm

2010

USD15,000.00

freedom of mind 2

SPIRIT OF THE JUNGLE- Freedom of Mind 2

Acrylic on Canvas

104 cm by 97 cm

2010

USD15,000.00

freedpm of mind 3

SPIRIT OF THE JUNGLE- Freedom of Mind 3

Acrylic on Canvas

104 cm by 97 cm

2010

USD15,000.00

inspiration 1

SPIRIT OF THE JUNGLE- Inspiring Mood 1

Acrylic on Canvas

104 cm by 97 cm

2010

USD15,000.00

inspiration 2

SPIRIT OF THE JUNGLE- Inspiring Mood 2

Acrylic on canvas

104 cm by 97 cm

2010

USD15,000.00

fom1 2

SPIRIT OF THE JUNGLE – Freedom of Mind 1

Acrylic on Canvas

104 cm by 97 cm

2010

USD15,000.00

Advertisements

MINDSKETCH 65- Sketches

Sekian lama menyepi disebabkan keadaan fizikal dan kesihatan yang tak mengizinkan dalam 2 hari lepas dapatlah saya memulakan kerja baru saya. Terasa kekok juga sebab dah lama tak melukis jadi ada kelemahan dalam menghuraikan idea keatas kanvas. Kesabaran dapat mengatasinya maka dapatlah saya melakarkan beberapa keping lukisan baru saya buat permulaan bagi tahun 2013 ini. Suatu yang menjadi perangsang untuk saya terus berkarya. Kalau tak dimulakan sudah pasti ia akan tertangguh lebih lama lagi. Waktu yang ada biarlah saya gunakan sebaik mungkin untuk menghasilkan karya-karya baru khusus buat tahun 2013. Mengolah idea yang banyak tersimpan dalam buku catatan saya mungkin mengambil masa yang agak lama kalau saya tidak mengambil inisiatif untuk dijadikan sebuah karya. Oleh itu saya berpendapat eloklah dimulakan satu persatu dan hasilkan karya yang terbaik.

Picture 001

10 % work-in-progress and at still at initial stage. A direct sketch onto canvas using acrylic paint.

Picture 003

CATATAN MINDA 2

Biarpun keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan akan tetapi semangat untuk terus berkarya tidak pernah sama sekali luntur atau padam dalam diri ini. Kesinambungan berkarya adalah perlu bagi memastikan perjalanan senitampak yang dilalui tidak terhenti begitu sahaja. Bukan sekadar hanya berkarya tetapi juga mencoretkan suatu penceritaan agar dapat dikongsi bersama dengan masyarakat yang cintakan seni apa lagi senitampak perlu dilakukan. Sketsa demi sketsa dicatatlkan sebagai panduan untuk penghasilan karya pada masa akan datang. Ini perlu agar idea atau buah fikiran yang diperolehi tidak terpadam begitu sahaja dan diabaikan. Mungkin ia menjadi satu petunjuk untuk diolah sebagai satu penceritaan yang menarik dan tersendiri. Adakalanya ia menjadi pelengkap dalam penghasilan sesuatu karya tanpa disedari.

Alam sekeliling terutamanya hutanrimba,flora dan fauna masih lagi jadi subjek dalam karya yang saya hasilkan. Keterujaan saya terhadap hutanrimba dan habitatnya membuatka saya ingin mengenali lebih dalam lagi erti “sebuah kehidupan disitu” dan saya tonjolkan dalam karya lukisan yang dihasilkan. Saya masih lagi dengan penggunaan warna terang,jitu serta terserlah bagi menceritakan perjalanan dalam karya saya tersebut. Adakala ketika menghasilkan sesuatu karya lukisan saya rasakan diri saya benar-benar berada didalam hutanrimba berserta dengan habitatnya. Setiap olahan memainkan peranan tersendiri. Sentuhan bersahaja berus,titik,gurisan dan garisan serta renjis mempunyai maksud yang tersembunyi. Juga boleh ditafsirkan sebagai pelengkap sesuatu perjalanan penceritaan akan tetapi belum sampai kepenghujungnya. Disebabkan itu saya amat gemar menghasilkan karya dalam bentuk bersiri agar masyarakat dalam menerima dan memahami apa yang sebenarnya yang ingin saya sampaikan.

Walaupun aliran abstrak dikategorikan sebagai satu aliran yang agak sukar difahami jalan penceritaannya atau mesej yang ingin disampaikan sebenarnya ia tidaklah sedemikian rupa jika masyarakat mengetahui disebalik itu. Pelukis sebenarnya ingin berkongsi minda atau pengamatan dengan masyarakat agar apa yang ingin disampaikan dapat diterima pakai. Tidak semua aliran abstrak itu terlalu abstrak hingga sukar ditafsirkan maksudnya. Warna,sentuhan berus dan coretan tidak akan lari dari seseuatu karya lukisan abstrak. Jadi penghayatan atau untuk memahami sesuatu karya yang dihasilkan tidak timbul jika masyarakat atau peminat senitampak peka akan hal tersebut. Perlu ada pengkongsian pendapat dan bertukar maklumat jika ia dirasakan perlu agar karya yang dihasilkan tidak dipinggirkan begitu sahaja. Persoalan tidak memahami atau sukar difahami seringkali timbul jika diutarakan mengenai sesuatu karya abstrak. Ini menjadi suatu pemasalahan dan karya abstrak ‘hanya’ dapat diterima oleh mereka ‘yang benar-benar’ menerima aliran tersebut dalam dirinya. Sesuatu yang agak unik.

Bila agaknya penerimaan secara total masyarakat Malaysia terhadap senitampak menjadi suatu persoalan. Rata-rata sukakan sesuatu yang indah dan cantik tanpa menilai atau mengira mesej yang ingin diketengahkan. Apa yang dilihat itulah yang diterima oelh mereka. Sukar untuk mendapatkan masyarakat yang faham akan keistimewaan sesebuah karya lukisan.. Mungkin ada golongannya akan tetapi kecil jumlahnya. Jadi ini boleh membantutkan usaha untuk  perkembangan senitampak tanahair. Harga sebuah karya lukisan masih menjadi sesuatu yang subjektif dan sensitif. Tiada panduan atau penimbangtara untuk dijadikan ukuran penetapan harga sesebuah karya lukisan yang dihasilkan oleh mana-mana pelukis di Malaysia ini. Jadi tidak hairanlah ada perbezaan yang ketara dari segi menetapkan harga sesebuah karya lukisana diantara seorang pelukis dengan rakan pelukis yang lain.

ANTARA REALITI DAN KEHIDUPAN

Menjadi seorang pelukis adalah merupakan satu profesyen yang terlalu banyak rintangannya,pahit getir,dugaan dan pancaroba. Bukan mudah untuk bergelar seorang pelukis. Terlalu banyak halangan yang perlu ditempuhi sebelum seseorang mampu menamakan dirinya seorang pelukis. Seseorang yang mengambil langkah drastik untuk menjadi pelukis sepenuh masa dan menjadikannya sebagai satu profesyen adalah sesuatu yang amat berani. Hidup sebagai seorang pelukis dipenuhi dengan bermacam ranjau dan perjalanan kehidupannya penuh dengan liku-liku yang harus diharungi dan ditempuhi. Yang amat dititikberatkan adalah pendapatan yang diperlukan untuk menampung usahanya. Keberanian tidak mencukupi tanpa sebarang inisiatif untuk terus berkarya dan mengusahakan dirinya agar maju dalam bidangnya.

 

Kesusahan yang teramat adalah sesuatu yang biasa dan lumrah dalam kehidupan seseoranng pelukis sebelum dia mampu menempatkan dirinya dipersada seni lukis tanahair. Biarpun karya lukisan yang dilahirkan amat baik dari segala aspek belum tentu ianya mendapat sambutan dari peminat seni. Maka tidak hairanlah seseorang pelukis itu diselubungi dengan keperitan dalam kehidupan awalnya dalam profesyen tersebut. Pelukis tidak dapat lari dalam menyatakan kehidupan yang dialaminya disetiap karya lukisannya. Setidak-tidaknya mesti ada penceritaan pengalaman kehidupanya yang disampaikan dan diolah dalam karyanya. Bagi pelukis ini adalah cara mereka memberitahu masyarakat akan rintangan yang dihadapinya dan cuba untuk berkongsi. Lukisan adalah coretan rakaman tampak yang mentafsirkan pelbagai wadah kehidupan. Ia telus dan nyata. Kefahaman terhadap karya tersebut sebagai pelengkap penceritaan. Tanpa pengertian dan kefahaman dari mereka yang melihatnya maka karya tersebut belum mampu menonjolkan mesejnya dan kurang penghayatan terhadapnya. Seorang pelukis harus meneliti hal ini sebelum menyiapkan karya lukisannya.

 

Tidak ramai golongan pelukis yang ada ditanahair mampu menempa nama dipersada seni lukis tempatan samaada karya mereka belum sampai ketahap yang diperlukan atau pun mereka ini kurang pendedahan. Jadi tidak hairanlah mereka ini dipinggirkan dan sepi. Yang selalu berusaha untuk memajukan dirinya akan mengambil apa jua peluang yang ada agarnya karyanya diterima oleh masyarakat dan peminat seni lukis tanahair. Pameran dan promosi melalui media massa adalah antara usaha untuk menengahkan diri seseorang pelukis serta hasil karyanya. Pelukis yang kerap mendapat liputan dan penonjolan akan memperolehi kredit dari banyak sudut. Maka tidak hairanlah golongan ini selalu dinobatkan dalam apa jua acara seni lukis tempatan. Mereka tidak pernah dipinggirkan. Kroni dan hubungan rapat antara beberapa sebab kenapa mereka ini selalu menghiasi ruang seni lukis tempatan biarpun karya yang mereka hasilkan kini masih ditakuk lama dan tiada sebarang kemajuan. Pengalaman adalah merupakan kriteria utama yang dititikberatkan jadi tidak hairanlah golongan ini pada kebiasaanya mendapat perhatian dan selalu diketengahkan. Peluang yang ada sepatutnya diberikan kepada golongan pelukis yang masih baru dan belum mendapat penonjolan biarpun ada segelintir golongan pelukis ini mempunyai kekuatan yang istimewa dalam karya yang dihasilkan. Dari sini akanterciptalah satu jurang perbezaan antara pelukis yang telah ada nama dengan pelukis yang baru. Persepsi yang ketara terhadap kemampuan dan kebolehan pelukis bakat baru harus disingkirkan dan dilenyapkan agar ada persaingan yang sihat antara dua kelompok pelukis tersebut.

 

Akademik bukanlah satu kayu ukur untuk menilai seseorang pelukis. Seseorang pelukis yang mampu menghasilkan karyanya dengan baik, penuh sarat dengan mesej yang ingin disampaikan sudah cukup menjadi bukti akan kebolehannya biarpun dia masih baru dalam persada seni lukis tempatan. Setiap mereka yang bergelar pelukis mesti sudah melengkapi dirinya dengan kefahaman terhadap apa yang ingin mereka lakukan dalam karyanya. Samaada hasil karyanya itu mendapat perhatian bergantung kepada kekuatan mesej karyanya. Dengan sebab itu setiap pelukis harus melengkapkan dirinya dengan apa jua ilmu pengetahuan agar dia peka dan tahu apa yang sedang berlaku disekelilingnya. Pelukis tidak sepatutnya terpinggir dengan arus kepesatan pembanguan tetapi sebaliknya mengambil peluang yang ada agar terus memajukan dirinya. Pelukis yang menyisihkan dirinya dari dunia sebenar kehidupan akan terus tenggelam dan terpinggir biarpun sudah lama berada didalam persada seni lukis.


Secara umumnya bukan semua manusia dilahirkan sebagai pelukis,berbakat dan mampu membuat sesuatu karya lukisan yang ada kekuatan tersendiri. Kita mungkin pernah melukis akan tetapi sejauh mana kita memahami apa yang kita hasilkan adalah tidak pasti. Kita lakarkan sesuatu yang kita nampak tanpa memikirkan intipatinya. Maka tidak hairanlah jika ada jurang perbezaan antara yang dilahirkan berbakat dalam bidang seni lukis dengan orang awam yang kurang penghayatannya.

LAGI MENGENAI ABSTRACT EXPRESSIONISM

Abstract Expressionism adalah suatu pergerakan atau aliran lukisan yang mana pelukis pada kebiasaanya menggunakan warna secara berterusan dan banyak, dengan sentuhan keatas canvas yang besar bagi tujuan menampakkan atau menyatakan perasaan dan emosi. Yang jelas teknik melukis dan melakarkan warna secara bersahaja dan spontan ,tiada berbentuk geometri dan ada kalanya menggunakan catan dengan berus yang besar serta ada juga ketikanya dengan kaedah merenjis atau lelehan catan keatas canvas adalah sesuatu yang begitu ketara kelihatan dalam setiap karya lukisan Abstract Expressionsim. Karya-karya yang dihasilkan dikategorikan sebagai sesuatu yang dihasilkan secara bersahaja dan terjadi dengan sendirinya walhal ianya dirancang begitu teliti. Ada setengah pelukis Abstract Expressionist begitu menitikberatkan penggunaan kaedah yang tenang dan mistik pada imejan abstrak yang tulin. Pada kebiasannya tiada niat untuk menzahirkan sebarang bentuk nyata atau ‘subject matter ‘ dalam karya abstrak.Tidak semua lukisan itu abstrak juga tidak semuanya bernilai mahal akan tetapi umumnya kespontanan pelukis dalam kaedah penghasilan karyanya akan menzahirkan bentuk serta menengahkan kreativiti minda bawah sedar. Kaedah ekpresi dalam penghasilan karya pada kebiasaannya dianggap sama penting dengan lukisan itu sendiri.

MINDSKETCH 22 : Sketches

ANOTHER SKETCHES OF THE JUNGLE SERIES – SOULFUL EXPRESSION

..A direct sketch onto the stretched canvas on wooden panel using acrylic colors. The work was at 15% in completion and it was done on 13th June,2010.